Operasi Nyah Kuman Di Sekolah-Sekolah Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Atas dasar keprihatinan, Inisiatif Wilayah Cakna telah memulakan operasi nyah kuman di sekolah-sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
 
Operasi ini diadakan bermula dari 6 Januari 2021 sehingga 19 Januari 2021 serta mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pendidikan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
 
Operasi nyah kuman ini bertujuan bagi menyediakan persekitaran sekolah yang sudah dinyah kuman sebelum sesi persekolahan bermula, memberi penerangan kepada pihak sekolah mengenai tatacara nyah kuman dan bagi meningkatkan kesedaran dan penjagaan kendiri dalam warga pendidikan dan warga Kuala Lumpur.
ops_sanitasi_sekolah_wpkl_1
ops_sanitasi_sekolah_wpkl_4
ops_sanitasi_sekolah_wpkl_2
ops_sanitasi_sekolah_wpkl_3
Skip to content