Operasi Nyahkuman Covid-19 Di PPR Sri Aman, Jalan Putra, Jinjang

DBKL melalui Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar (JKAS) serta Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar (JPKKB) hari ini, 23 Januari 2021 (Sabtu) telah melaksanakan operasi nyahkuman di PPR Sri Aman, Jinjang.
 
Operasi diketuai oleh Dr. Nor Halizam, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Kesihatan Awam JKAS melibatkan seramai 61 orang petugas dari pelbagai perjawatan.
 
Operasi turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Penduduk PPR tersebut.
Operasi nyahkuman ini telah melibatkan kawasan blok kediaman, blok tempat letak kereta bertingkat, taman permainan, Taska, Tadika, Surau, Pejabat Kecil Perumahan dan kawasan kedai.
 
Taklimat dan penerangan juga telah diadakan di antara persatuan penduduk dan Dr. Halizam serta Pelawat Perumahan PPR tersebut untuk mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah penularan covid di kalangan penduduk.
Kerjasama semua pihak yang menjayakan operasi nyahkuman pada hari ini adalah amat dihargai.
 
Jika bukan kita.  Siapa lagi yang akan jaga kita.
Operasi_Nyah_Kuman1
Operasi_Nyah_Kuman2
Operasi_Nyah_Kuman3
Operasi_Nyah_Kuman4
ms_MYMS