Operasi Penguatkuasaan Anti Litter, Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar

Operasi Penguatkuasaan Anti Litter, Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar
DBKL pada 23 September 2020 (Rabu) meneruskan lagi tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik premis perniagaan yang gagal mematuhi prosedur kebersihan. Tindakan pada jam 10.00 pagi hingga selesai di laksanakan di sekitar Sri Petaling, Parlimen Seputeh.
 
Sejumlah 28 orang petugas telah terlibat dalam operasi ini dan sejumlah 41 kompaun telah dikeluarkan manakala 1 orang warga asing yang diberi notis kompaun, kerana membuang putung rokok ditempat awam membayar terus kompaun yang dikenakan
 
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG / BUTIR-BUTIR KESALAHAN YANG DIKELUARKAN:
 
2 kompaun di bawah Seksyen 46(1)(b) kerana
menutup/menghalang, parit terbuka atau akuadak di sisi jalan tanpa kebenaran bertulis daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur.
 
10 kompaun di bawah Seksyen 46(1)(d) kerana
meletak, menyebab diletakkan barang-barang berhubung dengan tred perniagaan di tempat awam.
 
15 kompaun di bawah Seksyen 47(1)(a) kerana
meletak, membuang, membenar, menyebab, diletak, dibuang habuk- habuk, kertas, abu, bangkai, sampah kotak, tong karung, lain – lain sampah sarap di tempat awam.
 
14 kompaun di bawah Seksyen 47(1)(d) kerana
membuang, menumpah, menabur, menempat darah, buangan cecair kotoran ke tempat awam/melarut masuk ke tempat awam.
 
Tujuan tindakan adalah untuk memastikan orang awam/pengusaha/pemilik premis agar tidak melanggar peraturan yang ditetapkan seperti: –
 
i) menyalurkan air kotoran / cecair kotoran di atas jalan awam yang menyebabkan kerosakan pada permukaan jalan;
ii) membuang puntung rokok / sampah di atas siar kaki hadapan premis;
iii) Meletak barang perniagaan di atas siar kaki awam, menyebabkan halangan kepada kerja2 pembersihan;
iv) Tidak memasukkan sampah ke dalam tong sampah yang disediakan;
v) Kawasan sekitar premis kotor dan tidak terurus; dan
vi) pemilik premis akur atau tidak menyalahi peraturan yang dinyatakan dalam terma atau kelulusan lesen perniagaannya.
 
Tindakan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa oleh DBKL.
ms_MYMS