Operasi Penguatkuasaan Anti Litter di Sekitar Jalan Raja Laut

12 Januari 2021, Selasa – Bahagian Alam Sekitar Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL telah mengadakan Operasi Penguatkuasaan Anti Litter di Sekitar Jalan Raja Laut bagi memastikan setiap premis perniagaan mematuhi peranan dan tanggungjawab mereka dalam memastikan kebersihan persekitaran kawasan perniagaan mereka berada pada tahap yang optimum dan tiada sisa sampah ditempat yang tidak sepatutnya.
 
Tindakan teguran menjaga kebersihan sekitar telah dibuat dan kompoun juga telah dikeluarkan terhadap premis-premis yang masih lagi membuang sampah di atas siar kaki premis dan tidak memasukan sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
 
Susulan operasi ini juga tindakan mengusir “port“ gelandangan yang berada diatas jejantas hadapan Bangunan Menara Raja Laut, Jalan Raja Laut telah dilakukan kerana menyebabkan persekitaran kotor dan menghalang pihak Konsesi Kebersihan untuk menjalankan kerja-kerja sapuan jejantas. Pemantauan juga dilaksanakan oleh DBKL dari semasa ke semasa agar kebersihan disini dapat dikekalkan.
 
Warga kota adalah diseru untuk bersama-sama menjaga kemudahan yang disediakan serta kebersihan persekitaran kerana KL, bandar untuk semua.
ops-anti-litter-2
ops-anti-litter-5
ops-anti-litter-1
ops-anti-litter-4
ms_MYMS