Operasi Sanitasi Awam Di kawasan PPR Sri Pantai, PPR Pantai Ria, Taman ECO Dan Sekitarnya

Operasi Sanitasi Awam diteruskan lagi hari ini (6 Disember 2020 – Ahad) di kawasan PPR Sri Pantai, PPR Pantai Ria, Taman ECO dan sekitarnya oleh DBKL dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat WP.
 
Operasi ini dilaksanakan bertujuan untuk menyahkuman kawasan awam sekitar WPKL bagi membendung penularan wabak Covid-19.
 
DBKL mengucapkan terima kasih kepada penduduk sekitar, orang awam serta para peniaga di lokasi terbabit yang telah memberikan kerjasama penuh sepanjang operasi ini dilaksanakan.
 
Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut jadual yang telah diatur.
 
‘Kita jaga kita dan terus patuhi SOP.’
operasi-sanitasi-ppr-pantai-1
operasi-sanitasi-ppr-pantai-3
operasi-sanitasi-ppr-pantai-2
operasi-sanitasi-ppr-pantai-4
ms_MYMS