Operasi Sanitasi Awam Di PA Sri Johor, PA Sri Melaka, Taman Tenaga Dan Permaisuri, Cheras

Operasi Sanitasi Awam diteruskan lagi hari ini (15 November 2020) di PA Sri Johor, PA Sri Melaka, Taman Tenaga dan Permaisuri, Cheras oleh DBKL.
 
Operasi turut dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan.
 
Sejumlah 120 tenaga petugas telah terlibat dalam operasi ini yang bertujuan untuk menyahkuman kawasan awam sekitar WPKL bagi membendung penularan wabak Covid-19.
 
DBKL juga mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang telah memberikan kerjasama sepanjang operasi ini dilaksanakan.
sanitasi-cheras-1
sanitasi-cheras-3
sanitasi-cheras-2
sanitasi-cheras-4
ms_MYMS