Operasi Sanitasi Di Perpustakaan Kuala Lumpur

Proses nyahkuman di Perpustakaan Kuala Lumpur telah dilaksanakan pada 19 Oktober 2020 (Isnin) mulai jam 2.30 petang sehingga selesai.
 
Operasi sanitasi ini telah dilaksanakan di seluruh bangunan Perpustakaan Kuala Lumpur yang melibatkan 21 orang petugas daripada Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL. Operasi diketuai oleh Dr. Norhalizam, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Kesihatan Persekitaran JKAS.
 
Seluruh tingkat, ruang-ruang pejabat, bilik, surau dan tandas telah disembur dengan bahan nyahkuman.
 
Pekerja kontraktor di PKL juga telah diberikan tunjuk ajar tentang tatacara penyediaan bahan nyahkuman serta cara melaksanakannya.
 
Tindakan ini adalah untuk memastikan PKL selamat dan bebas daripada virus apabila dibuka kepada awam kelak.
sanitasi-pkl-2
sanitasi-pkl-3
sanitasi-pkl-4
sanitasi-pkl-5
ms_MYMS