OPS Anti Litter

DBKL pada 16 Februari 2022 telah melaksanakan Ops Anti Litter di sekitar Bandar Baru Seri Petaling pagi ini.
 
Operasi ini melibatkan seramai 29 orang petugas melaksanakan penguatkuasaan bagi memastikan orang awam mematuhi peraturan yang ditetapkan seperti:-
 
i) Menjaga kebersihan di sekitar kawasan premis;
ii) Tidak meletakkan halangan di atas longkang/siar kaki awam yang menghalang kerja-kerja pembersihan;
iii) Tidak mengalirkan sisa ke longkang/jalan awam; dan
iv) Tidak membuang sampah / puntung rokok di tempat awam.
 
Pemantauan sekitar kawasan mendapati terdapat premis meletakkan barang perniagaan di siar kaki awam dan di atas longkang yang menyebabkan halangan bagi kerja-kerja pembersihan dan membuang sisa ke dalam longkang awam.
 
Berdasarkan pemantauan ini, sejumlah 18 notis kompaun di bawah Akta Jalan Parit Dan Bangunan telah dikeluarkan atas kesalahan:
 
4 kompaun di bawah Seksyen 47(1)(a).
Meletak, membuang, membenar, menyebab, diletak, dibuang habuk- habuk, kertas, abu, bangkai, sampah kotak, tong karung, lain – lain sampah sarap di tempat awam.
4 kompaun di bawah Seksyen 47(1)(d).
Membuang sisa kotoran ke dalam longkang awam.
8 kompaun di bawah Seksyen 46(1)(d).
Meletak, menyebab diletakkan barang-barang berhubung dengan Tred Perniagaan di tempat awam.
2 kompaun di bawah Seksyen 46(1)(b).
Menutup/menghalang parit terbuka di sisi jalan tanpa kebenaran Datuk Bandar.
 
Operasi seumpama ini akan diteruskan dari senasa kesemasa.
274206200_486300959725265_8123299501648756555_n
274166503_486300826391945_2503938825388040359_n
Skip to content