Padah Kerana Ingkar Peraturan

Sebanyak 10 premis penjajaan telah dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh DBKL pada 2 Ogos 2021 kerana melanggar peraturan yang ditetapkan.
 
Tindakan sitaan dan membuka struktur telah dilaksanakan oleh 14 anggota penguatkuasa DBKL di Jalan Prima Setapak 2 dan Jalan 14/27B, Desa Setapak, Wangsa Maju.
 
7 tindakan sitaan dilaksanakan di bawah Sek 46(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana halangan barangan perniagaan di atas petak parkir dan jalan.
 
Manakala 3 sitaan lagi di bawah UUK3(1) UUKPPG 2016 kerana melibatkan penjaja warga asing. Siasatan dan semakan oleh DBKL mendapati warga asing ini menyewa daripada warga tempatan dengan kadar RM25-RM35 sehari bergantung kepada keluasan tapak.
 
Kesemua barang sitaan telah dibawa ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras.
 
Tindakan seumpama ini akan diteruskan dari semasa dan kesemasa oleh DBKL berpandukan kepada SOP yang ditetapkan.
 
Wargakota diminta untuk terus menyalurkan maklumat kepada DBKL bagi membantu menangani aktiviti ini menerusi laman sesawang adu@kl.dbkl.gov.my.
Padah_Ingkar_Peraturan
Padah_Ingkar_Peraturan1
Padah_Ingkar_Peraturan2
Padah_Ingkar_Peraturan3
ms_MYMS