Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA)

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga tidak ketinggalan turut serta dalam kemeriahan expo MAHA 2022 dengan membuka booth pameran berkonsepkan tanaman makanan atau ‘edible garden’ di dalam kediaman bandar. Pameran ini diselaraskan oleh Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi serta LA21 dari Jabatan Perancangan Bandaraya. Selain pameran, DBKL juga menyajikan demonstrasi masakan diketuai oleh chef Jemputan (Chef Liza) bagi masakan sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang segar diperoleh hasil tuaian dari Kebun Komuniti Bandar LA21KL sekitar Kuala Lumpur.

Tetamu kehormat yang hadir termasuklah, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berserta DYTM Tengku Mahkota Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli untuk singgah ke demonstrasi masakan sayur kebun komuniti DBKL. Turut hadir berkunjung TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar, Yang Dipertua Negeri Sabah bersama YB. Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery Gapari Kitingan, Timbalan Ketua Menteri II Sabah dan YBhg. Datuk Dr. Mariana Tinggal Setiausaha Tetap, Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah (MAF). Antara lain yang singgah ke booth pameran DBKL adalah YBhg. Dato’ Ts. Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam.

Selain itu, YB Menteri Wilayah Persekutuan Dato Seri Dr Shahidan Kassim serta Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah bersama isteri juga tidak melepaskan peluang merasai kemeriahan MAHA 2022.

298711688_606096831079010_6736470617106611012_n
299675639_606095667745793_8282157299883978887_n
299686499_606095854412441_6415507633117331265_n
299723365_606095841079109_1769067981220536903_n
Skip to content