Pasar Borong Kuala Lumpur Kini Lebih Kemas, Selamat Dan Ceria

KUALA LUMPUR, 23 November 2020 – Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) kini lebih kemas, selamat dan ceria dengan penambahbaikan terhadap aspek pengurusan dan tadbir urus yang lebih baik.
 
Penambahbaikan ini meliputi kemudahan dan keselesaan kepada pengusaha dan pengguna, peningkatan aspek keselamatan terhadap bilik Kawalan Kamera Litar Tertutup (CCTV), kemudahan asrama dan pelbagai lagi.
 
Program pada hari ini menyaksikan transformasi PBKL dari segi keselamatan dan keceriaan di mana Yang Berhormat (YB) Tan Sri TPr. Annuar Hj. Musa bertindak turun padang bagi meninjau sendiri tahap keselamatan PBKL disamping menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Mural dan Grafiti ‘Wall Battle’ yang telah berlangsung di PBKL.
 
Pemenang Grafiti untuk tempat pertama dimenangi oleh Mohamad Fakhri bin Mohd Salleh, diikuti oleh Muhammad Abqari bin Ahmad Shakri; manakala bagi pertandingan Mural pula dimenangi oleh Muhamad Akmal Thaqib bin Ibrahim dan diikuti oleh Raden Hasbullah bin Radin Abu Bakar.
YBM turut menyampaikan sumbangan kepada pekerja – pekerja PBKL yang kurang berkemampuan di mana sumbangan telah ditaja oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).
 
Dalam program pagi ini, YBM hadir bersama-sama dengan YBhg. Datuk Hajah Rosida Jaafar, Ketua Setiausaha KWP; YBhg. Datuk Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur; YBhg. Datuk Ibrahim Yusoff, Pengarah Eksekutif Sosio-ekonomi DBKL dan Tuan Zaizalnizam Zainun, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan.
lawatan-ybm-pasaraborong-5
lawatan-ybm-pasaraborong-4
lawatan-ybm-pasaraborong-3
lawatan-ybm-pasaraborong-6
ms_MYMS