Pasar Harian Selayang Kuala Lumpur

Pasar Harian Selayang telah mula beroperasi pada 1 Jun 2021. DBKL telah menyediakan suasana yang lebih kemas dan teratur dan pelbagai kemudahan disediakan untuk pengunjung.
 
Kita tinjau dulu apa yang ada di sana:
 
Aras G – gerai menjual ayam, ikan, daging, santan, buah-buahan, mee, barang runcit, frozen;
Aras 1 – gerai jualan sayur, sayur kampung, barang-barang kering;
Kemudahan tandas lelaki/perempuan/OKU di aras G, 1 dan 2;
Surau Lelaki, ada tempat wuduk, rak barang, penghawa dingin dan kipas;
Surau Perempuan, ada tempat wuduk, rak barang, penghawa dingin dan kipas.
 
Kawalan SOP oleh RELA yang diuruskan oleh pihak persatuan dipantau sama oleh JPPP, DBKL;
 
2 post kawalan SOP dibuat :-
 
– Di laluan masuk utama ke tempat letak kenderaan;
– Di loading bay 1 (utama).
 
Pasar beroperasi pada tempoh ‘lock down’ pada jam 6:00 pagi hingga 2:00 petang.
 
Sebanyak 620 tempat letak kereta disediakan termasuk untuk wanita dan OKU di setiap aras dan 270 tempat letak motosikal disediakan di Aras G,1,2,3 & 4. Tiada bayaran tempat letak kenderaan dikenakan sehingga diberitahu kelak.
 
Jadi…apa tunggu lagi…jom berbelanja di Pasar Harian Selayang. Jangan lupa patuhi SOP.
Pasar_Harian_Selayang_Kuala_Lumpur1
Pasar_Harian_Selayang_Kuala_Lumpur2
Pasar_Harian_Selayang_Kuala_Lumpur3
Pasar_Harian_Selayang_Kuala_Lumpur4
ms_MYMS