Pelan Strategik ICT DBKL 2021-2025

Pelan Strategik ICT DBKL 2021-2025 merupakan pelan pelaksanaan teknologi untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Sejahtera menjelang tahun 2030. Pelan ini mengetengahkan empat (4) tema iaitu menyokong penggunaan teknologi baru untuk pemodenan, memperkemaskan penyampaian perkhidmatan secara digital, memacu DBKL kearah data-driven dan memperkasakan tadbir urus ICT.

Selaras dengan isu dan cabaran yang dihadapi oleh DBKL sebagai ibu negara  Malaysia, sebanyak lima (5) teras  telah digariskan dengan sembilan (9) strategi dan tiga puluh enam (36) inisiatif pelaksanaan sepanjang tempoh lima tahun ini.

Ringkasan eksekutif bagi pelan strategik ICT ini akan dimuatnaik dalam masa terdekat.

ms_MYMS