Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020

Sekitar Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat (YB) Dato’ Sri Dr. Santhara Kumar, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Turut hadir sama adalah YBhg. Datuk Hajah Rosida Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan; Datuk Nor Hisham A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur; Ketua – ketua Agensi dan Pegawai – pegawai Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Acara telah diserikan dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang, lagu-lagu patriotik dan lagu Malaysia Prihatin bagi menyemarakkan lagi suasana bulan kemerdekaan pada tahun ini walaupun negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

 

Dato’ Sri Dr. Santhara berharap agar rakyat khususnya warga kota akan terus mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda patriotisme kepada negara Malaysia yang tercinta ini.

ms_MYMS