Pelepasan 80 Ekor Ikan Jenis Pemakan Rumpai

Sekitar sesi pelepasan 80 ekor ikan jenis pemakan rumpai di Taman Tasik Titiwangsa pada pagi tadi.Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, YBhg. Datuk Hj Azmi bin Abdul Hamid.
 
Ikan-ikan ini dilepaskan di kawasan yang terdapat rumpai yang bermasalah untuk mengawal masalah tersebut dengan menggunakan kaedah biologi.
 
Cadangan ini telah diusulkan oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan sewaktu beliau mengadakan lawatan santai di tasik tersebut.
 
Turut hadir bersama adalah En. Nik Adlin bin Hussain, Timbalan Pengarah (Landskap) Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi.
260217304_433744584980903_5478378794719710010_n
254721302_433744404980921_3493056130195116735_n
260126327_433744491647579_6957374555741592525_n
260409839_433744544980907_7334559385221750885_n
Skip to content