Pemakluman Keputusan Permohonan Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan DBKL Bilangan 1 Tahun 2022

Dimaklumkan bahawa Panel Pengurusan DBKL telah bersetuju untuk menganjurkan Peperiksaan Perkhidmatan Bil 1 Tahun 2022 bertempat di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB). Calon-calon boleh membuat semakan melalui Portal IDB (https://idb.dbkl.gov.my/v5/).

ARAHAN KEPADA CALON :

i. Calon DIWAJIBKAN memuat turun Slip Arahan Calon Peperiksaan Perkhidmatan melalui Portal IDB dan dibawa bersama sepanjang tempoh peperiksaan;

ii. Calon DIWAJIBKAN membawa kad pengenalan sepanjang tempoh peperiksaan;

iii. Calon DIWAJIBKAN merujuk Jadual Peperiksaan terkini di Portal IDB;

iv. Calon DIWAJIBKAN untuk mencetak dan membawa bersama Salinan sijil lengkap vaksin yang dimuat turun dari MySejahtera;

v. Calon dinasihatkan untuk tiba di Dewan Perdana Mestika, IDB satu (1) jam awal sebelum peperiksaan bermula ;

vi. Calon DIWAJIBKAN membawa sendiri dan menjalani ujian kendiri Covid-19 (saliva) setiap hari semasa tiba di Dewan Peperiksaan sebelum menduduki peperiksaan. Keputusan ujian perlu dipamerkan kepada urusetia sebelum masuk ke Dewan Peperiksaan. Kegagalan calon mematuhi arahan ini akan mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk masuk ke Dewan Peperiksaan;

vii. Calon DIWAJIBKAN mematuhi arahan pematuhan SOP Covid-19 seperti yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM ;

viii. Calon yang telah disahkan, dalam tempoh kuarantin atau mempunyai gejala Covid-19 perlu memaklumkan segera kepada pihak urusetia untuk penyelarasan semula peperiksaan;

ix. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada arahan terkini Kerajaan Malaysia mengenai situasi Covid-19 dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa; dan

x. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia Unit Penilaian Perkhidmatan dan Kompetensi (UPPK) di talian 03-9195 5480 atau emailkan kepada peperiksaan@dbkl.gov.my.