Pemakluman Syarikat Berjaya Cabutan Kerja Undi Pada 8 Julai 2021

Pemakluman bahawa syarikat yang berjaya dilantik dalam Cabutan Kerja Undi Secara Atas Talian akan dihubungi oleh Jabatan merujuk kepada Lampiran A , B dan C. Wakil syarikat dikehendaki untuk membawa Kad Undi untuk diserahkan terus kepada jabatan berkenaan. Bagi kad undi yang sedang dikemaskini atau dalam proses pengeluaran kad undi baharu dari Bahagian Pengurusan Perolehan, kad undi tersebut akan diserahkan kepada jabatan berkenaan bagi menghadkan pergerakan dan urusan wakil syarikat di kaunter pejabat dalam tempoh kawalan pergerakan 3.0 yang sedang berkuatkuasa.

Senarai syarikat yang berjaya dilantik dalam Cabutan Kerja Undi Secara Atas Talian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 8 Julai 2021 adalah seperti berikut:

<< Klik di sini untuk Lampiran A>>

Syarikat yang berjaya seperti senarai di atas (LAMPIRAN A) akan dihubungi oleh Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Bangunan

<< Klik di sini untuk Lampiran B >>

Syarikat yang berjaya seperti senarai di atas (LAMPIRAN B) akan dihubungi oleh Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar

<< Klik di sini untuk Lampiran C >>

Syarikat yang berjaya seperti senarai di atas (LAMPIRAN C) akan dihubungi oleh Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar

ms_MYMS