Pemantauan Pematuhan S.O.P Sekitar Pasar Pudu

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini (13 Jun 2021 – Ahad) melalui Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pelesenan & Pembangunan Perniagaan meneruskan lagi pemantauan dan tindakan terhadap mereka yang gagal mematuhi SOP di sekitar Pasar Pudu.
 
Pemantauan dari jam 7:00 pagi hingga tengahari telah dianggotai oleh seramai 18 anggota dan mendapati keadaan terkawal.
 
Bagaimanapun, masih terdapat mereka yang cuba membuka perniagaan di bahagian luar bangunan Pasar Pudu. Tindakan sita dan arahan penutupan telah dilaksanakan serta merta. Sejumlah 4 sitaan telah dilaksanakan terhadap penjaja warga asing.
 
Pemantauan dan tindakan seumpama ini akan diteruskan sepanjang PKP ini berkuatkuasa.
Pemantauan_Pematuhan_Pasar_Pudu
Pemantauan_Pematuhan_Pasar_Pudu1
Pemantauan_Pematuhan_Pasar_Pudu2
Pemantauan_Pematuhan_Pasar_Pudu3
ms_MYMS