Pengiklanan Tender Dan Sebutharga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Adalah dimaklumkan bahawa bermula Januari 2023, paparan pengiklanan tender dan sebutharga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan dilaksanakan lagi melalui akhbar tempatan. Paparan pengiklanan tender dan sebutharga hanya akan dipaparkan melalui portal rasmi dan sistem e-perolehan DBKL sahaja.

Sehubungan itu, YBhg. Datuk/ Tuan/ Puan boleh melayari pautan berkenaan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat berkaitan pelawaan tender dan sebutharga DBKL. Pautan adalah seperti berikut :

    i. Portal Rasmi DBKL : https://www.dbkl.gov.my/
   ii. Sistem e-perolehan DBKL: https://eperolehan.dbkl.gov.my


Sekian, terima kasih.

Bahagian Pengurusan Perolehan
Jabatan Pentadbiran

Skip to content