Perbincangan Kearah Bandaraya Yang Lebih Mampan

Dalam kunjungan YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur ke Seoul bagi menghadiri Seoul Smart City Prize, beliau turut mengadakan sesi perbincangan bersama dengan Professor Rae Kwon Chung, Ahli Lembaga Pengarah Urusan Ban Ki Moon Foundation.

Dalam sesi tersebut, kedua-duanya telah membincangkan mengenai status terkini mengenai inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan menangani perubahan iklim.

Selain itu, turut dibincangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang melibatkan komuniti yang boleh dilaksanakan bersama  dalam menggalakkan inisiatif  pengurangan karbon di bandar raya Kuala Lumpur.

Profesor Rae Kwon Chun juga turut berkongsi amalan baik yang telah dilaksanakan di bandar Seoul bagi mengurangkan pengeluaran karbon dan menangani perubahan iklim seperti di Bukchon Hanok Village sebuah perkampungan di Seoul, Korea Selatan.

Diharapkan melalui sesi perbincangan ini dapat memberikan nilai tambah serta input-input yang baru bagi mengaplikasikan di Kuala Lumpur.

462426327_1085353906486631_3314090503185353835_n
Previous Kenyataan Tender Bil. 33/2024

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

7731068
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

13-01-2025
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Perbincangan Kearah Bandaraya Yang Lebih Mampan

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Perbincangan Kearah Bandaraya Yang Lebih Mampan
Skip to content