Taman Tasik Danau Kota

Taman Tasik Danau Kota telah dibina bersebelahan dengan Setapak Sentral Mall serta mempunyai keluasan keseluruhan iaitu 37.24 ekar yang merangkumi kawasan kolam takungan seluas 17.17 ekar. Taman ini juga telah dibina berlandaskan konsep pembangunan seperti menyediakan kemudahan rekreasi dan riadah untuk penduduk di kawasan Taman Ibukota, dan sekitarnya di dalam kawasan parlimen Wangsa Maju. Selain itu, taman ini sangat bersesuaian serta memenuhi keperluan bagi semua golongan samaada warga tua, muda dan kanak-kanak termasuklah golongan orang kelainan upaya ’OKU’.

Taman ini menjadi tumpuan bagi aktiviti ‘jogging’ mengelilingi tasik diwaktu pagi dan petang. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan antaranya ‘outdoor gym’, taman permainan kanak-kanak ‘intergrated playstructure’ yang berkonsepkan ’water play area’, ‘open plaza’, wakaf, ‘jogging track’, tandas awam, refleksologi, kawasan lapang dan lain – lain. Lokasi tempat letak keretanya sangat strategik kerana ianya hampir dengan kawasan riadah untuk kemudahan pengunjung taman.

Selain daripada aktiviti riadah dan rekreasi, Taman Tasik Danau Kota juga sangat sesuai bagi jurugambar untuk ‘outdoor shooting’ kerana pemandangannya sangat tenang dan cantik dengan berlatar belakangkan tasik.

Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga, Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi di talian 03-2617 6393.

Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.

tmn-tasik-danaukota-1
tmn-tasik-danaukota-2
tmn-tasik-danaukota-3
tmn-tasik-danaukota-4
tmn-tasik-danaukota-5
tmn-tasik-danaukota-6
tmn-tasik-danaukota-7
tmn-tasik-danaukota-8
Skip to content