Kesihatan Awam & Alam Sekitar

Kawalan Vektor

UNIT KAWALAN VEKTOR, JABATAN KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR

Unit Kawalan Vektor adalah salah satu unit di bawah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar yang menjalankan pemantauan dan mengawal Penyakit Berjangkit Bawaan Vektor khasnya Demam Denggi, Demam Denggi Berdarah serta Chikungunya. 

Bagi mengawal penyakit Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah, perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah:-

  1. Pemeriksaan dan Pemusnahan tempat-tempat pembiakan jentik-kentik nyamuk Aedes terutama di kawasan kejadian kes Demam Denggi.
  2. Semburan Ruang Thermal (Fogging) dan Semburan Pengasapan Persekitaran (ULV) di kawasan berlaku kes Demam Denggi.
  3. Penguatkuasaan Undang-Undang di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

Di bawah Penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, Unit ini menyediakan Kaunter Semakan dan Bayaran Tawaran Kompaun kesalahan ‘kerana berlaku pembiakan nyamuk Aedes’.

Kaunter
Masa Bayaran

Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar KM 4, Jalan Cheras,56100 Kuala Lumpur.

No. Tel : 03-20275300/5382

Hari Isnin hingga Khamis:

8.00 pagi – 12.30 tengah hari
2.00 petang – 3.30 petang

Hari Jumaat:

8.00 pagi – 12.00 tengah hari
2.45 petang – 3.30 petang

Skip to content