Pelesanan Dan Penjaja
Permohonan Lesen
1. Bagaimana cara untuk membuat permohonan lesen perniagaan?
Permohonan lesen boleh dibuat melalui cara-cara berikut:-
- Mendapatkan borang permohonan dan membuat pendaftaran di kaunter-kaunter pendaftaran lesen di: – Tingkat 5, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut
- Memuat turun borang permohonan dan menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran seperti di atas.
Muat Turun Borang - Permohonan secara online melalui Sistem e-Lesen DBKL
2. Apakah kaedah pembayaran lesen yang disediakan?
Lesen perlu dibayar secara tahunan di mana tempoh sah lesen adalah secara dinamik (tidak semestinya berakhir pada 31 Disember setiap tahun).
Pembayaran lesen hanya boleh dibuat di kaunter-kaunter bayaran DBKL dengan menggunakan:
- Wang Tunai
- Wang Pos
- Kiriman Wang
- Bank Deraf sahaja atas nama BENDAHARI BANDARAYA
Kad kredit
3. Mengapa kelulusan lesen boleh terbatal?
Lesen boleh terbatal melalui 2 cara iaitu:
- Permohonan pembatalan lesen oleh pelesen itu sendiri atau
- Kelulusan lesen dibatalkan oleh jabatan atas sebab-sebab pelanggaran syarat pelesenan.
4. Sekiranya berlaku kehilangan lesen, bagaimana untuk mendapatkan salinan lesen?
Pelesen boleh mendapatkan salinan pendua lesen di Bahagian Kewangan, Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja. Bayaran akan dikenakan bagi pengeluaran pendua lesen tersebut.