Pusat Khidmat Setempat (OSC)

Bahagian Urusetia Pusat Setempat (OSC)

Pusat Setempat (OSC) yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri telah diselaraskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk dilaksanakan diseluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia pada 13 April 2007.

Pelaksanaan Pusat Setempat OSC di Dewan Kuala Lumpur (DBKL) telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Wilayah Persekutuan pada 3 Julai 2007.

OSC diletakkan sebagai sebahagian daripada Jabatan Perancangan Bandaraya (JPRB), DBKL. OSC DBKL mempunyai 7 bahagian:

  1. Seksyen Kaunter
  2. Seksyen Permohonana
  3. Seksyen Penyelarasan
  4. Seksyen Pemantauan
  5. Seksyen Sekretariat 1
  6. Seksyen Sekretariat 2
  7. Unit Penilaian Lanskap

Sehingga tahun 2023 seramai 48 kakitangan ditempatkan di Bahagian OSC dan diketuai oleh Timbalan Pengarah J52 selaku Ketua Unit dan dibantu 5 orang Pegawai Kumpulan A.

VISI

Menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya bertaraf dunia menjelang tahun 2020 melalui perkhidmatan perancangan yang dinamik.

 MISI

Merancang pembangunan Kuala Lumpur melalui Pelan Pembangunan yang berkualiti melalui perkhidmatan Kawalan Perancangan yang cekap, efektif dan telus.

 Hubungi kami:

  • Telefon : 03 2028 2931
  • Faks : 03 2694 3805
  • Emel : jprb(at)dbkl(dot)gov(dot)my
  • Alamat : Tingkat Bawah, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur.

OBJEKTIF

Memastikan tindakan pengurusan permohonan mendapatkan permit pembinaan melalui Pusat Setempat diuruskan dengan cekap dan teratur selaras dengan pelaksanaan OSC 3.0 berdasarkan arahan Kementerian Kerajaan Tempatan (KPKT).

FUNGSI

  1. Menerima permohonan cadangan pembangunan melibatkan keseluruhan proses mendapatkan permit pembinaan.
  2. Membuat edaran permohonan cadangan pembangunan permohonan ke jabatan teknikal memproses untuk diproses dan Jabatan/ Agensi teknikal untuk memberi ulasan/ pandangan.
  3. Mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (JKPS).
  4. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (JKPS) kepada Jabatan Teknikal memproses bagi tujuan pengeluaran keputusan kepada PSP/SP.
  5. Menyelaras penerimaan kertas perakuan yang disediakan oleh jabatan memproses untuk penyediaan agenda bagi pertimbangan Jawatankuasa Pusat Setempat.
  6. Menyelaras penerimaan ulasan yang disediakan oleh Jabatan/ Agensi mengulas untuk perbincangan JKPS.
  7. Menyelaras sesi Pra Rundingan sebelum pelan permohonan dikemukakan melalui Kaunter OSC atas permintaan PSP/SP dengan jabatan/ agensi teknikal dalaman dan luaran yang berkaitan.
  8. Menjadi sekretariat bersama MPC untuk Focus Group Dealing with Construction Premis Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar.
  9. Menjadi ahli Focus Group dalam mempertingkatkan kedudukan Malaysia di bawah indikator Dealing with Construction Permit.
  10. Menyelaras penyediaan dan pengeluaran surat makluman keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat Khas, Jawatankuasa Pusat Setempat 1 (JKPS 1) dan Jawatankuasa Pusat Setempat 2 (JKPS 2).
  11. Menyelaras permohonan penamaan bangunan dan rayuan yang berkaitan dengannya.

KAUNTER DIBUKA PADA HARI DAN WAKTU DI BAWAH:

ISNIN – JUMAAT : 8.30 PAGI – 4.00 PETANG

REHAT: ISNIN – KHAMIS : 1.00 PETANG – 2.00 PETANG

JUMAAT : 12.15 TENGAHARI – 2.45 PETANG

KAUNTER DITUTUP PADA CUTI UMUM DAN HARI PELEPASAN AM

(Nama Pegawai : Encik Mohammad Shukri bin Sainudin, Telefon : 03 2028 2931)

Skip to content