Trafik dan Penguatkuasaan

Kawalan Trafik

Penyelaras: Jabatan Penguatkuasaan

Dalam usaha memantapkan lagi pelaksanaan tugas kawalan lalulintas di sekitar pusat bandar, jabatan telah mengambil beberapa inisiatif penambahbaikan dan di antaranya ialah menempatkan podium di beberapa persimpangan jalan dan tambahan 10 persimpangan jalan baru untuk kawalan lalulintas oleh Warden Trafik mulai 28 Mac 2013.

Lokasi kawalan simpang dan podium sedia ada:

  1. Jalan Sg. Besi
  2. Jalan Istana
  3. Jalan Mahameru
  4. Persimpangan Jalan Duta Dan Jalan Kuching
  5. Susur Jalan Sultan Ismail

Lokasi tambahan kawalan simpang dan podium:

  1. Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka / Jalan Hang Tuah
  2. Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
  3. Jalan Imbi / Jalan Sultan Ismail
  4. Jalan Raja Chulan / Jalan P. Ramlee
  5. Bulatan Dato Onn
  6. Jalan Dang Wangi / Jalan Raja Abdullah
  7. Jalan Tun Perak / Jalan Tun H.S. Lee
  8. Jalan Raja Abdullah (AKLEH)
  9. Jalan Parlimen / Jalan Mahameru
  10. Jalan Tun Perak / Jalan Hang Lekir

Tujuan utama penempatan Warden Trafik di persimpangan jalan adalah bagi melancarkan pergerakan lalulintas supaya kesesakan yang berlaku berada di tahap yang paling minima.

Skip to content