Trafik dan Penguatkuasaan
Kompaun Trafik
Maklumat Kompaun
Jenis Kompaun Trafik:
- Kesalahan Lalulintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah Lalulintas Jalan 1959
- Kesalahan letak kereta di bawah Perintah Lalulintas Jalan (Letak kereta Bermeter) (Wilayah Persekutuan) 1984 dan Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (Ibu Kota) 1984
Kadar Kompaun Trafik:
- Kesalahan lalulintas dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah Lalulintas Jalan 1959. Kadar ditetapkan mengikut kadar seragam antara Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Di Raja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kadar adalah mengikut jadual dengan konsep ”the more you delay, the more you pay” bermula 1 Mac 2011 dan rayuan tidak dipertimbangkan.
- Kesalahan letak kereta dibawah Perintah letak kereta Perintah Lalulintas Jalan (Letak kereta Bermeter) (Wilayah Persekutuan) 1984 dan Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (Ibu Kota) 1984 adalah mengikut kadar ditetapkan.
- Orang kena notis boleh terus berurusan di mana-mana kaunter bayaran DBKL.
- Muat Turun Kadar Kompaun Trafik untuk maklumat lanjut.
Tempat Bayaran:
Kaunter pembayaran DBKL dan kaunter bayaran pejabat-pejabat cawangan.
Semakan Notis Kompaun Trafik:
- MySMS 15888 – dbkl saman [no kenderaan]
- Aplikasi DBKL MOBIS
- Laman Web Semakan Notis Kompaun Trafik DBKL: https://klstep.dbkl.gov.my/semak_kompaun/checksummons
- Cawangan Proses Saman, Jabatan Penguatkuasaan, DBKL, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
- Kaunter bayaran Pejabat-Pejabat Cawangan