Trafik dan Penguatkuasaan

Tunda Kenderaan

A. TUNTUTAN KE ATAS KENDERAAN YANG DITUNDA

Perkhidmatan: Menunda kenderaan yang menghalang kelancaran lalulintas melalui rondaan dan aduan awam.

Masa Urusan:

24 jam

Alamat Tuntutan :

Depoh Simpanan Kenderaan Ditunda
Jabatan Penguatkuasaan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Telefon :

03 – 40244424 (Kaunter Tuntutan)
03 – 40267223 (Kaunter Pentadbiran)

No Whatsapp :

013-6663255

Mengikut Pindaan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 2012, Akta Pengangkutan Jalan 1987, Fi bagi Pengapitan, Pengalihan dan Penahanan Kenderaan Motor adalah seperti berikut:-

Bil.
Jenis Kenderaan
Pengapitan (Clamping)
Pengalihan (Removal)
Penahanan (Detantion) Sehari / Per Day
Kompaun

1.

Motosikal & Motosikal beroda tiga

RM 20.00

RM 30.00

RM 50.00

RM 100.00
(Mengikut Kesalahan)

2.

Motokar

RM 50.00

RM 100.00

RM 100.00

RM 100.00
RM 150.00
(Mengikut Kesalahan)

3.

Bas, lori yang berat tanpa muatan tidak lebih daripada 3000 kilogram

RM 100.00

RM 300.00

RM 200.00

RM 100.00
RM 150.00
(Mengikut Kesalahan)

4.

Tanker, Treler dan jenis kenderaan yang lain yang berat tanpa muatan lebih daripada 3000 kilogram

RM 150.00

RM 400.00

RM 300.00

RM 100.00
RM 150.00
(Mengikut Kesalahan)

 

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Tuntutan :

  1. Kad pendaftaran asal kenderaan (Geran)
  2. Cover note (insurans) asal kenderaan
  3. Wakil – Sila bawa surat perwakilan dari pemilik dan salinan kad pengenalan pemilik.

 Sekiranya Tiada Perkara (a) – (c), sila bawa

  1. Salinan kad pendaftaran kenderaan atau cover note (insurans)
  2. Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah
  3. Mengisi Borang Akuan Menuntut Kenderaan

 Sekiranya kenderaan bersabit dengan Kes Polis perlu dikemukakan:-

  1. Salinan Laporan Polis
  2. Salinan daripada Pegawai Penyiasat berkenaan
  3. Surat Perintah Mahkamah

B. TUNTUTAN KE ATAS KENDERAAN BURUK / TERSADAI

Perkhidmatan: Menunda kenderaan buruk/tersadai melalui rondaan dan aduan orang awam.  

Isnin – Khamis

: 8.00 pagi – 10.00 malam

Masa

Jumaat

: 8.00 pagi – 12.15 tengahari

Urusan

Sabtu – Ahad

: 8.00 pagi – 10.00 malam

Cuti Umum

: 8.00 pagi – 10.00 malam

Alamat Tuntutan

Depoh Kenderaan Tersadai Salak Selatan,
Jabatan Penguatkuasaan, 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Lot 4428 Stor Jalan Besar Salak Selatan,
57100 Kuala Lumpur.

Telefon:

603-79821010

Mengikut Pindaan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 2012, Akta Pengangkutan Jalan 1987, Fi bagi Pengapitan, Pengalihan dan Penahanan Kenderaan Motor adalah seperti berikut:-

Bil
Jenis Kenderaan
Angkut
Penahanan (Detantion) Sehari/Per Day
Kadar Kompaun

1.

Motosikal / Roda 3

RM 50.00

RM 10.00

RM 100.00

2.

Kenderaan /Kereta

RM 100.00

RM 10.00

RM 100.00

3.

Bas / Lori/ Traler/ Kontena

RM 250.00

RM 10.00

RM 100.00

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Tuntutan :

  1. Kad pendaftaran asal kenderaan (Geran)
  2. Cover note (insurans) asal kenderaan
  3. Wakil – Sila bawa surat perwakilan dari pemilik dan salinan kad pengenalan pemilik.

 Sekiranya Tiada Perkara (a) – (c), sila bawa

  1. Salinan kad pendaftaran kenderaan atau cover note (insurans)
  2. Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah
  3. Mengisi Borang Akuan Menuntut Kenderaan

 Sekiranya kenderaan bersabit dengan Kes Polis perlu dikemukakan:-

  1. Salinan Laporan Polis
  2. Salinan daripada Pegawai Penyiasat berkenaan
  3. Surat Perintah Mahkamah
Skip to content