Permohonan Sumbangan One-Off Rm500 Bantuan Prihatin – Kasih Asnaf 3.0

Bantuan Prihatin – Kasih Asnaf 3.0 ini merupakan program bantuan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Sumbangan secara one-off sebanyak RM500.00 diberikan kepada penjaja pasar malam di Kuala Lumpur yang layak menerima bantuan berdasarkan kriteria dan proses tapisan oleh pihak MAIWP. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hanya bertindak sebagai pemudahcara dalam program bantuan ini. Sila layari https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/sumbangan_maiwp.aspx bagi mendapatkan permohonan sumbangan ini.

Sumbangan akan dibayar secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank penerima yang layak. Penerima yang layak perlu membuat pendaftaran tuntutan melalui laman web ini. Proses tuntutan boleh dilakukan sehingga 15 OGOS 2021.

Sebarang pertanyaan berhubung bantuan ini, boleh berhubung dengan melalui aplikasi WhatsApp ditalian 011-5659 3734 pada jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang (Hanya WhatsApp text sahaja).

Skip to content