Sekitar Program Cuci KL yang telah berlangsung di sekitar bandar raya Kuala Lumpur yang telah dihadiri oleh YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama pengurusan tertinggi DBKL, kakitangan Jabatan dalaman DBKL dan juga agensi luar seperti Alam Flora dan SwCorp.
Program Cuci KL merupakan program cetusan idea YB Dato Sri Dr Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan sebagai salah satu cara untuk membendung daripada terjadinya banjir kilat di Kuala Lumpur.
Antara aktiviti yang dijalankan di dalam program ini adalah seperti aktiviti plogging dan juga mencuci scupper drain menggunakan water jet agar aliran air dapat mengalir dengan lancar dan secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada air bertakung di atas jalan yang akan mengakibatkan banjir kilat.
DBKL juga berharap warga kota dapat bersama-sama memainkan peranan mereka dengan tidak membuang sampah secara merata-rata dan sentiasa menjaga kebersihan bandar raya Kuala Lumpur yang tercinta ini.