Program Gotong Royong: Jom Bersih Bukit Bintang 18 – Kita Prihatin

Setelah berehat selama 2 tahun akibat pandemik Covid-19, Program Gotong Royong: Jom Bersih Bukit Bintang akhirnya kembali pada tahun ini.
 
Program yang telah diadakan pada pagi ini merupakan anjuran kali yang ke 18 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2001. Program ini merupakan kerjasama antara DBKL dan beberapa agensi serta NGO yang bertujuan untuk menjadi kawasan Bukit Bintang yang merupakan salah satu tarikan pelancong di Kuala Lumpur kekal bersih, ceria dan Indah.
 
Program pagi ini telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Rosli bin Nordin, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandaraya Kuala Lumpur dan turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi sahabat seperti Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur, Alam Flora, SwCorp serta wakil dari Federal Hotel.
 
Sebanyak 40 buah organisasi terlibat dengan program pagi ini yang terdiri daripada agensi kerjaaan, NGO dan sekolah-sekolah yang berdekatan.
 
DBKL berharap dengan adanya program seperti ini secara tidak langsung dapat menarik minat serta memupuk rasa kesedaran akan kepentingan menjaga kebersihan dan keindahan di bandar raya tercinta ini.
294721077_591034992585194_6439629695291448859_n
295030978_591035032585190_900941048878727245_n
294438324_591035729251787_1689492656757458150_n
294316055_591035575918469_4324179546293598980_n
Skip to content