Pada hari ini telah diadakan Program Gotong Royong Penanaman Pokok Semarak Bulan Kebangsaan yang telah diadakan di Taman Rekreasi Air Panas yang telah disempurnakan oleh YBhg Datuk TPr Sulaiman Bin Mohamed, Pengarah Eksekutif Perancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Program ini merupakan salah satu program DBKL bagi menggelorakan Sambutan Hari Kebangsaan 2022 dan selari dengan komitmen DBKL untuk menanam 1.5 juta pokok di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam tempoh 5 tahun.
Didalam majlis tersebut Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL telah menanam pokok yang ke 200,000 sepanjang program ini diadakan yang telah bermula sejak tahun lepas.
Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pegawai-pegawai kanan DBKL dan juga kakitangan DBKL daripada pelbagai jabatan yang turut bersama-sama menanam pokok di sekitar kawasan tersebut.
YBhg. Dato’ LAr Ismail bin Ngah, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur turut meluangkan masa menghadiri program tersebut.
Antara pokok yang ditanam pada hari ini adalah terdiri daripada pokok teduhan daripada spesis Cratoxylum maingayi (Pink Mempat), Diospyros buxifolia (Bucida Tikus) dan Podocarpus macrophyllus manakala spesis hiasan seperti Duranta erecta ‘gold’ (Golden Dew Drop), Jathropha integerima (Shanghai Beauty), Leucophyllum frutescens (Ash Plant) Loropetalum chinensis var. Rubrum (Chinese Fringe Flower) dan Ixora Super Orange (Jejarum).
Program seperti ini akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa di kawasan yang lain.



