Program KL Bersih Indah Bersama Komuniti Setempat

11 Disember 2020, Jumaat – Bahagian Alam Sekitar Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL bersama SWCorp Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Alam Flora Sdn Bhd telah mengadakan “Program KL Bersih Indah” bersama komuniti setempat di kejiranan Taman Genting Kelang Jalan Mata Ayer Off Jalan Genting Kelang Kuala Lumpur
 
TINDAKAN PROGRAM
i) Komuniti setempat telah diberi teguran dan nasihat untuk tatacara pelupusan sampah dengan cara yang betul.
 
ii) Sesi “engagement” dan teguran telah dibuat terhadap 30 buah isi rumah disekitar kejiranan tersebut supaya tidak membuang sampah ditempat yang tidak sepatupnya.
 
iii) Pihak DBKL bersama-sama SWCorp telah memberi notis peringatan (reminder) kepada semua kejiranan tersebut agar membuang sampah di tong sampah yang disediakan.
 
iv) Pemasangan Banner larangan membuang sampah ditempat yang tidak sepatupnya telah dilakukan oleh SWCorp.
 
v) AFSB telah membuat kutipan sampah longgok disekitar kejiranan tersebut.
 
Program ini berjalan dengan lancar, kejiranan setempat akur terhadap teguran yang diberikan bagi menguruskan janaan sisa sampah dengan betul dan juga mengambil sikap positif untuk mengurangkan sisa sampah di ibu kota Kuala Lumpur. Sokongan dan kerjasama daripada kejiranan setempat adalah diharapkan bagi menyelesaikan isu longgokan sampah ditempat yang tidak sepatunya.
 
Pihak DBKL berharap dengan Program KL Bersih Indah ini, komuniti setempat dapat sama- sama menjaga Kebersihan di kawasan kejiranan tersebut.
ops-swcorp-1
ops-swcorp-5
ops-swcorp-2
ops-swcorp-6
ms_MYMS