Majlis Sambutan Jom Aidilftri! Komuniti Bandar telah diadakan di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku pada 28 Mei 2022 (Sabtu) bermula jam 6.00 petang hingga 10.00 malam. Program ini telah dihadiri oleh YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.
Program anjuran Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama 11 NGO di Wilayah Persekutuan iaitu PERTIWI, KECHARA, FOOD 4U, PINK SQUAD, PERTUBUHAN DAIKL, PERTUBUHAN AR RIQAB, SOLS 24/7, KEMBARA INSANI, SAMARITAN HOPE, THE HOPE BRANCH DAN KINDNESS MALAYSIA bagi menyediakan gerai pelbagai menu dan juadah yang menyelerakan secara percuma untuk dinikmati oleh orang ramai dan warga jalanan.
Turut hadir bersama pada majlis tersebut ialah Kementerian Wilayah Persekutuan, Yayasan Kebajikan Negara, PERKESO, dan Majlis Perwakilan Penduduk.
Aktiviti selingan juga diselitkan dengan persembahan Kombo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi memeriahkan lagi suasana majlis dan Program Operasi Khidmat Masyarakat dengan menyediakan booth gunting rambut dan pemeriksaan kesihatan secara percuma dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.