Program Libat Urus Kebersihan Kepada Peniaga Di Danau Kota A, Setapak, Kuala Lumpur

4 Disember 2020, Jumaat – Bahagian Alam Sekitar Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL bersama SWCorp Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan program libat urus kebersihan kepada peniaga di Danau Kota A, Setapak, Kuala Lumpur.Sesi Engagement dan teguran telah dibuat terhadap 21 penjaja dilokasi tersebut.
 
Tujuan program ini adalah:
– Memberi peringtan dan nasihat kepada penjaja supaya mengamalkan kebersihan tapak berniaga serta menguruskan Sisa pepejal dengan cara yang betul.
– Memastikan setiap penjaja mengetahui tatacara pelupusan minyak masak dan tidak membuang ke dalam longkang.
– Memastikan setelah selesai berniaga, setiap penjaja tidak mengalirkan cecair kotoran terus ke dalam longkang awam ketika membuat cucian tapak berniaga.
– Memastikan sampah penjaja tidak dibiarkan atau meninggalkan ditepi bahu jalan setelah selesai berurus niaga.
 
Program ini berjalan dengan lancar dan para penjaja akur terhadap teguran yang diberikan bagi pengurusan sisa pepejal dengan betul dan juga mengambil sikap positif untuk mengurangkan sisa sampah di ibu kota Kuala Lumpur.
 
Pihak DBKL berharap dengan program Libat Urus ini, para peniaga dapat bersama – sama menjaga Kebersihan di kawasan tersebut
libat-urus-kebersihan1danau-kota-1
2libat-urus-kebersihan-danau-kota-4
2libat-urus-kebersihan-danau-kota-3
2libat-urus-kebersihan-danau-kota-2
ms_MYMS