Program Temu DBKL Dan Teh Hijau Kuala Lumpur Dilancarkan

Bertemakan “Dari DBKL Kepada Komuniti”, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sepanjang tahun 2024 akan menganjurkan dua program program bersama komuniti iaitu Program Temu DBKL dan Teh Hijau Kuala Lumpur.

Pada hari ini, majlis pelancaran kedua-dua program tersebut telah disempurnakan oleh YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) di perkarangan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Program Temu DBKL akan diadakan setiap bulan di lokasi yang berbeza di 11 kawasan parlimen Kuala Lumpur pada hari Sabtu mengikut tarikh dan tempat yang akan diumumkan kelak.

Program Teh Hijau Kuala Lumpur merupakan program yang berkonsepkan hijau rendah karbon akan diadakan pada setiap bulan pada hari Sabtu mengikut tarikh yang akan diumumkan dan lokasi bagi program ini adalah di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Program ini juga akan melibatkan kerjasama dengan beberapa rakan strategik seperti Kementerian  Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Yayasan Wilayah Persekutuan Media (YWP Media) dan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur.

Antara program yang diadakan sepanjang program inj berlangsung adalah seperti reruai yang akan menempatkan jabatan dalaman DBKL yang memberikan informasi serta perkhidmatan serta pelbagai pengisian yang menarik acara sukan, Jualan Rahmah, Jualan AgroMADANI, Kaunter Pendaftaran PADU.

Diharapkan program ini akan dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman warga kota mengenai produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh DBKL secara lebih meluas.

Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut adalah  YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh, YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim,Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg Datuk Sr Hj. Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Program Temu DBKL Dan Teh Hijau Kuala Lumpur Dilancarkan

Previous Kenyataan Tender Bil. 6/2024

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

2589830
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

20-05-2024

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Program Temu DBKL Dan Teh Hijau Kuala Lumpur Dilancarkan
Skip to content