Program Vaksinasi Penjaja @ The Pavillion 2

Program Vaksinasi Penjaja di bawah Program MyMedic@Wilayah Mobile Vaksin telah bermula pada 20 Jun 2021 melibatkan penjaja dan pembantu Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Harian Selayang.
 
Hari ini (1 Julai 2021), program Fasa 2 telah diteruskan kepada golongan ini bertempat di The Pavillion 2, Bukit Jalil.
 
DBKL mensasarkan seramai 33,057 orang penjaja berlesen di WPKL untuk divaksinkan dan pada Fasa 1, seramai 2,777 orang penjaja telah berjaya menerimanya.
 
Program ini khusus kepada golongan penjaja yang berlesen di WPKL.
 
Program ini dilaksanakan secara berperingkat / fasa dan dijangka berakhir pada Ogos 2021.
 
Bagi melayakkan penjaja untuk menyertai program ini, mereka perlu mendaftar terlebih dahulu di portal eLesen DBKL.
 
Sambutan daripada penjaja di WPKL berhubung program ini adalah amat menggalakkan.
Program_Vaksinasi_Penjaja_@_The_Pavillion_2
Program_Vaksinasi_Penjaja_@_The_Pavillion1
Program_Vaksinasi_Penjaja_@_The_Pavillion3
Program_Vaksinasi_Penjaja_@_The_Pavillion4
Program_Vaksinasi_Penjaja_@_The_Pavillion5
Program_Vaksinasi_Penjaja_@_The_Pavillion6
Skip to content