Pusat Agihan Makanan Kepada Gelandangan Seliaan DBKL

Didapati masih ada individu, persatuan & NGO yang masih membuat agihan makanan kepada gelandangan di KAWASAN AWAM sekitar Kuala Lumpur.

TAHUKAH ANDA, tindakan seperti ini akan menimbulkan pelbagai risiko seperti isu keselamatan, kebersihan dan pembaziran.

Bagi memudahkan urusan agihan makanan kepada gelandangan, DBKL telah menyediakan 2 buah Pusat Agihan iaitu di MEDAN TUANKU dan CHOW KIT.

Para penyumbang yang budiman, anda boleh hubungi petugas DBKL untuk menyelaraskan jadual agihan supaya lebih teratur, selamat dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Bersama kita menjaga Bandar kita.

Info dikemaskini setakat 13 September 2021.

ms_MYMS