Pusat Agihan Makanan Kepada Gelandangan Seliaan DBKL

Pusat Agihan Makanan Seliaan DBKL
 
Didapati masih ada individu, persatuan & NGO yang masih membuat agihan makanan kepada gelandangan di KAWASAN AWAM sekitar Kuala Lumpur.
 
TAHUKAH ANDA, tindakan seperti ini akan menimbulkan pelbagai risiko seperti isu keselamatan, kebersihan dan pembaziran.
 
DBKL telah menyediakan 2 buah Pusat Agihan Makanan kepada gelandangan iaitu di MEDAN TUANKU dan CHOW KIT.
 
Para penyumbang yang budiman, boleh hubungi petugas pusat ini untuk menyelaraskan jadual agihan supaya lebih teratur, selamat dan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Bersama kita menjaga Bandar kita.
ms_MYMS