ROLPOP5 – Sungai Nadi Kehidupan

Pada 6 September 2020 (Ahad) telah berlangsung satu program ‘Media Cycle & Media Learn Through Sg. Klang Discovery’ di bawah projek ‘River of Life Public Outreach Program Fasa 5’ (ROLPOP5). Ianya dianjurkan bersama oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Kementerian Wilayah Persekutuan(KWP), Global Enviroment Centre(GEC) dan DBKL.

Program secara berbasikal ini telah disertai seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pihak media, JPS, KWP, GEC dan DBKL.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pihak media mengenai inisiatif terkini yang telah dilaksanakan mengenai pembersihan sungai (JPS) dan pengindahan sungai (DBKL).

Dengan penglibatan pihak media dalam program ini, ianya diharap dapat menyalurkan kesedaran dan maklumat kepada orang awam mengenai usaha penjagaan sungai dan fasiliti yang terdapat di sepanjang jajaran sungai ini.

Aktiviti berbasikal ini telah melalui 7 kawasan ROL bermula di Dataran DBKL menyusuri ke Medan Tiong Nam, PWTC, Jalan Ipoh, Kolam Biru, Plaza Batik Masjid Jamek, Menara Pandang dan berakhir semula di Dataran DBKL.

Sepanjang perjalanan, pihak media turut diberikan taklimat oleh pihak JPS mengenai ‘Sullage Water Interceptor System’ di Plaza Batik serta projek pengindahan sungai ROL pakej 3A3B.

Di samping aktiviti berinformasi ini, peserta juga berpeluang melakukan demonstrasi ‘water touching experience’ di kolam biru serta berpengalaman mengayuh basikal di sepanjang jajaran Sg. Gombak dan Sg. Klang di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

ms_MYMS
en_GBEN ms_MYMS