Semangat Wilayah!

Penduduk Blok 54 & 58 Perumahan Awam Seri Sabah 3A, Cheras hari ini menggunakan kesempatan Cuti Am sempena Hari Wilayah Persekutuan untuk bermuafakat melaksanakan sanitasi nyahkuman di kawasan Perumahan mereka.
 
Dengan sokongan daripada pemuda dan persatuan penduduk kawasan ini program ini memberi tumpuan kepada ruang gunasama seperti bawah-bawah blok, lif, balkoni, tangga, taman permainan dan tempat letak motosikal.
 
Inisiatif daripada penduduk ini adalah sebagai menyahut seruan kerajaan bahawa memerangi pandemik Covid-19 ini adalah tanggungjawab bersama. Ia juga sebagai membantu dan meringankan beban DBKL yang telah banyak melaksanakan sanitasi di sekitar WPKL.
 
Program ini jelas menunjukkan bahawa peranan penduduk adalah amat besar maknanya sesuai dengan slogan #klbandarku #KLbandaruntuksemua .
 
Terima kasih DBKL ucapkan kepada penduduk, persatuan penduduk dan pemuda kawasan perumahan awam ini atas inisiatif dan kerjasama mereka. Semoga inisiatif baik mereka dapat menjadi contoh kepada penduduk atau persatuan penduduk yang lain.
Semangat_Wilayah
Semangat_Wilayah1
Semangat_Wilayah2
Semangat_Wilayah3
Skip to content