Senarai Nama Calon-Calon Yang Diperakukan Untuk Menduduki Ujian Bertulis Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 (Kontrak/Tetap)

Dimaklumkan senarai nama calon-calon yang diperakukan untuk menduduki Ujian Bertulis Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 (Kontrak/Tetap) yang akan diadakan pada 12 September 2023 (Selasa) bertempat di Dewan Perdana Mestika, Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, No. 19 Jalan Yaacob Latif (Jalan Tenteram), Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, KUALA LUMPUR.

Sila klik di SINI untuk senarai penuh nama calon-calon ujian bertulis.

Tuan/Puan juga adalah dikehendaki membawa dokumen-dokumen asal dan salinan fotostat (yang telah disahkan)* seperti berikut bagi tujuan ujian bertulis ini :-
i. Kad Pengenalan;
ii. Sijil Kelahiran; 
iii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (slip tidak diterima);
iv. Sijil Digital Lengkap Vaksinasi COVID-19;
v. Pen;
vi. Pensil 2B;
vii. Pemadam; dan
viii. Surat Panggilan Menduduki Ujian Bertulis.

Tuan/Puan dikehendaki hadir ke tempat ujian bertulis 30 minit sebelum masa yang ditetapkan bagi mengelakkan berlaku kesesakan ke tempat ujian bertulis.

 

Skip to content