Sesi Town Hall Datuk Bandar Kuala Lumpur Bersama Para Peniaga Kasturi Walk Dan Art Lane Di Pasar Seni.

KUALA LUMPUR, 27 September 2020 – Telah berlangsung pagi tadi sesi Town Hall, Datuk Nor Hisham A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama para peniaga di Kasturi Walk dan Art Lane di Pasar Seni.
 
Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama dengan Datuk Ibrahim Yusoff, Pengarah Eksekutif Sosio-ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL dan pihak pengurusan Pasar Seni bertindak turun padang mendengar keluhan, aduan dan cadangan para peniaga di Pasar Seni.
 
Antara dan tindakan – tindakan utama yang dicadangkan oleh DBKL adalah pelepasan caj lesen kepada para peniaga yang akan dilakukan secara berperingkat, pembangunan Central Kitchen yang akan menggunakan khidmat penghantar pesanan makanan bagi merancakkan lagi perniagaan berasaskan makanan di Pasar Seni.
 
DBKL juga akan melibatkan sama pihak PENJANA dan para peniaga untuk berjumpa dan berbincang bagi mencari jalan membantu para peniaga. Seterusnya, DBKL juga akan menghantar 10 buah tandas bergerak sebagai kemudahan para peniaga dan pengunjung di sini.
 
Acara – acara kebudayaan dan muzik akan diadakan sebagai promosi di Pasar Seni namun aktiviti berkenaan tertakluk kepada S.O.P. yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaya (KKM).
 
DBKL bukan sahaja akan membantu para peniaga di Pasar Seni malah di peniaga di seluruh Kuala Lumpur di samping terus mengamalkan “Business Friendly but Social Distancing”.
 
townhall-pasar-seni-1
townhall-pasar-seni-3
townhall-pasar-seni-2
townhall-pasar-seni-4
ms_MYMS
ms_MYMS en_GBEN