Sukacita dimaklumkan bahawa bermula 1 November 2024, Sistem Br1D 2.0 atau Building Control One Data System kini boleh diakses secara atas talian. Kini, anda boleh memohon pelbagai jenis perkhidmatan digital di bawah Jabatan Kawalan Bangunan (JKB), DBKL dengan lebih mudah, cepat, dan efisien.
Antara perkhidmatan yang tersedia:
📡 Permohonan Pembaharuan Permit Sementara Struktur Telekomunikasi
📝 Permohonan Permit Baharu & Lanjutan Kerja Lebih Masa (KLM) bagi Tapak Bina
📄 Permohonan Surat Sokongan Rayuan Lesen Premis Perniagaan
Tidak perlu lagi ke kaunter ! Hanya klik pada pautan ini untuk memohon secara online di laman sesawang https://brid.dbkl.gov.my/portal.