Sukarelawan DBKL Turun Padang

Hari ini, diketuai Datuk Haji Anwar bin Mohd Zain, Pengarah Eksekutif Sosio Ekonomi DBKL, sukarelawan DBKL turun padang di sekitar Kuala Lumpur bergotong royong membersihkan kawasan-kawasan yang dikenalpasti berlaku banjir kilat.
 
Sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai jawatan ini telah membersih dan mengenalpasti punca berlaku air bertakung khususnya di atas bagi membolehkan tindakan lanjut dilakukan.
 
Seramai 1000 orang sukarelawan terlibat turun padang meliputi kawasan di Parlimen Bukit Bintang dan Parlimen Lembah Pantai.
 
Turut menyertai gotong royong ini adalah lain-lain Pengarah Eksekutif dan ketua-ketua jabatan DBKL.
 
Program turun padang ini dapat mengenalpasti secara langsung punca berlaku banjir kilat di Kuala Lumpur untuk tindakan segera.
278988980_532349901787037_8926675592251811376_n
279255120_532349815120379_8721995882644391580_n
278944511_532367628451931_2710179590872325733_n
278744659_532367815118579_9051328623253303379_n
Skip to content