Sungai Nadi Kehidupan: “Bersama-Sama Sayangi Sungai Kita”

Pada 29 November 2024, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, telah menghadiri Klang River Festival (KRF) 2024 yang berlangsung di Sungai Klang, Jalan Klang Lama. Program tahunan ini diterajui oleh KongsiKL dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, komuniti setempat, NGO, serta sektor swasta seperti EXSIM.

KRF 2024 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap kepentingan Sungai Klang sebagai elemen utama dalam ekosistem bandar Kuala Lumpur. Ia juga memberi penekanan kepada usaha pemuliharaan, kebersihan, dan potensi Sungai Klang sebagai ruang awam yang penting. Festival ini menyajikan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran, bengkel, dan aktiviti komuniti yang menghimpunkan agensi kerajaan, aktivis alam sekitar, dan komuniti setempat dalam usaha bersama untuk mencintai dan menjaga sungai ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif ini yang selari dengan kerangka Local Action 21 KL (LA21 KL). Beliau menyeru generasi muda untuk memainkan peranan penting sebagai agen perubahan dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang bersih, hijau, selamat, sihat, dan berdaya huni.

Turut hadir dalam program ini ialah YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh, dan Pn Nurul Izzah, Penasihat Klang River Festival, yang memberikan sokongan terhadap program ini.

Inisiatif ini bukan sekadar usaha pemuliharaan, tetapi langkah besar ke arah merealisasikan impian menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang lebih berdaya tahan dan dicintai.

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Sungai Nadi Kehidupan: “Bersama-Sama Sayangi Sungai Kita”

Previous Datuk Bandar Kuala Lumpur Terima Anugerah Kepimpinan PRCA 2024

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

8383204
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

11-02-2025
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Sungai Nadi Kehidupan: “Bersama-Sama Sayangi Sungai Kita”

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Sungai Nadi Kehidupan: “Bersama-Sama Sayangi Sungai Kita”
Skip to content