Suntikan Semangat

Petugas PPV Bergerak MyMedic@Wilayah di Pantai Eco Park, Kuala Lumpur terdiri daripada warga kerja DBKL disantuni oleh YBrs. Tuan Hj. Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS petang tadi.
 
Beliau menyerahkan sijil penghargaan dan memberi kata-kata semangat kepada para petugas agar terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan.
 
Beliau bersama para petugas juga mengambil kesempatan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021.
PPV_Berita
PPV_Berita1
PPV_Berita2
PPV_Berita3
Skip to content