Taman Bukit Jalil

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Taman Bukit Jalil
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Taman Bukit Jalil

Taman Bukit Jalil seluas 20.23 hektar menawarkan istirehat, pendidikan alam semulajadi dan keseronokan kepada pengunjung yang datang beriadah sambil melihat keindahan tasik buatan yang menyejukkan pemandangan di taman tersebut.

Tapak Taman Bukit Jalil ialah bekas kawasan kebun getah berbukit dengan permukaan bumi yang berlereng, berlembah dan lurah rendah. Keadaan topografi, tumbuhan dan saliran di kawasan ini merupakan ciri asal yang perlu dikekalkan dan sesuaikan dengan rekabentuk landskap yang disediakan.

Terletak di selatan Kuala Lumpur, pengunjung mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke Taman Bukit Jalil dari pusat bandaraya sejauh 25 km. Taman ini juga turut menyediakan kemudahan-kemudahan bagi pengunjung seperti peralatan senam riang, taman permainan kanak-kanak, wakaf, perabut taman, tandas, tempat letak kenderaan dan lain-lain.

Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga, Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi (Pn. Esah di talian 013-2025266).

Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

1739839
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

25-04-2024

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Taman Bukit Jalil
Skip to content