Tapak Urban Street Dining, Taman Melati KL

Jom kunjungi Tapak Urban Street Dining di Taman Melati KL jika anda sedang mencari tempat untuk menjamu selera sambil bersantai.
 
Petang tadi, YB Dato Seri Dr Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan melawat Tapak Urban Street Dining yang telah mula beroperasi.
 
Kerjasama strategik antara DBKL bersama Pertubuhan Usahawan Food Truck Park Kuala Lumpur dan Selangor telah menyediakan 17 tapak niaga dan membuka ruang serta peluang kepada usahawan muda/belia untuk menceburi bidang keusahawanan.
 
Sesuai dengan trend semasa, tempat ini juga berkonsepkan outdoor foodcourt, kanopi dan suasana persekitaran unik ala hipster pasti memberi kelainan disamping pelbagai jenis jualan makanan dan minuman sebagai pilihan kepada para pengunjung.
Semoga perniagaan anak-anak muda kota di sini terus maju dan bakal menjadi usahawan yang berjaya kelak.
 
Bersama-sama kita menjaga SOP sambil menyokong Inisiatif Usahawan Anak Muda Kota WPKL.
 
Turut hadir YB Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju, YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Shafei Abdullah, Penasihat MPPWP Zon Wangsa Maju.
242450753_2732348437058305_7866000532730840485_n
242615508_2732348707058278_4463834498238815332_n
242615508_2732348707058278_4463834498238815332_n
242631185_2732348570391625_4618838547359693453_n
Skip to content