Tawaran Penyewaan Asrama Pekerja

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempelawa warga kota untuk menyewa asrama pekerja millik Datuk Bandar Kuala Lumpur seperti yang dinyatakan di bawah :

SYARAT PERMOHONAN :-

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lelaki berumur 18 tahun ke atas.
  3. Keutamaan kepada lelaki bujang, namun yang berkahwin atau duda juga layak memohon. Walau bagaimanapun, hanya pemohon sahaja yang layak ditawarkan menyewa & tidak termasuk pasangan atau tanggungan.
  4. Tawaran penyewaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang bekerja di kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.
  5. Tempoh sewaan adalah selama 3 tahun.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 Disember 2021. Borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen wajib yang perlu dilampirkan hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi alamat seperti di bawah :

Unit Penyewaan Tanah dan Bangunan
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 6, Bangunan TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.

Tel : 03-26171065 / 1066