Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempelawa warga kota untuk menyewa asrama pekerja millik Datuk Bandar Kuala Lumpur seperti yang dinyatakan di bawah :
BIL
MAKLUMAT SEWA
LOKASI/ALAMAT
KEDIAMAN PEKERJA
1.
Kadar Sewa RM 150.00 sebulan (termasuk bayaran utiliti)
Kediaman Pekerja No. 1 Hingga 10, Tingkat 3 dan 4, Jalan 1/3A, Bandar Baru Utara, Km 12, Jalan Ipoh 68100 Kuala Lumpur
2.
Bayaran awal penyewaan yang perlu dijelaskan :
1. Deposit sewa (2) dua bulan
2. Sewa (1) satu bulan (bulan pertama)
3. Bayaran dokumentasi
JUMLAH
RM 300.00
RM 150.00
RM 20.00
RM 470.00
SYARAT PERMOHONAN :-
- Warganegara Malaysia.
- Lelaki berumur 18 tahun ke atas.
- Keutamaan kepada lelaki bujang, namun yang berkahwin atau duda juga layak memohon. Walau bagaimanapun, hanya pemohon sahaja yang layak ditawarkan menyewa & tidak termasuk pasangan atau tanggungan.
- Tawaran penyewaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang bekerja di kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.
- Tempoh sewaan adalah selama 3 tahun.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 7 Mac 2022. Borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen wajib yang perlu dilampirkan hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi alamat seperti di bawah :
Unit Penyewaan Tanah dan Bangunan
Tingkat 14, Menara Bumiputra Commerce
Jalan Raja Laut, 50100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2617 1060/1061/1062/1063